Pengikut

Khamis, 24 November 2011

Anugerah Lagu Terbaik Yuna ditarik balik?

Dalam tindakan kontroversi yang memalukan, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) tersilap menghadiahkan anugerah Lagu Terbaik kepada Yuna dan kini memutuskan untuk memberikannya kepada Anuar Zain.

“(Lagu) Penakut (didendangkan) oleh Yuna telah tersilap diputuskan sebagai Lagu Terbaik berdasarkan markah terbanyak,” kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM-18 Rosmin Hashim pada sidang media hari ini.

Lagu Terbaik dipilih daripada 20 lagu yang bersaing dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Lagu Rok Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Bagaimanapun katanya, Lagu Terbaik mesti terbaik daripada empat kategori berkenaan sebagaimana kriteria ditetapkan oleh RIM.

“Kita kena rujuk balik kepada kriteria,” katanya apabila ditanya sama ada perlu ditarik balik anugerah Yuna.-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan