Pengikut

Isnin, 14 November 2011

33 calon SPM terlibat gengster dicekup

IPOH – Seramai 33 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 307 orang yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah resort di Teluk Batik, Manjung kerana di­syaki mempunyai kaitan dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap di sini, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kumpulan itu dipercayai hadir untuk majlis angkat sumpah kumpulan berkenaan pada jam 9 malam.

“180 mereka ditahan di dewan resort itu, manakala 127 lagi ditahan di beberapa lokasi di daerah berkenaan.

“Mereka yang ditahan termasuk 177 Melayu, dua India dan seorang Cina. Tujuh daripada mereka adalah wanita dan 39 yang lain adalah pelajar.

“Selain itu, terdapat tiga penjawat awam terlibat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan di bawah Seksyen 327 Kanun Keseksaan. - SinarHarian

Tarian ghairah buka ‘ritual’ gengster Melayu

MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.

DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.

Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin. -HM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan