Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

Tiga ADUN PKR Beri Keterangan Di IPD Ampang

Tiga orang ADUN PKR hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk memberi keterangan berhubung satu perhimpunan anjuran parti itu pada tengah malam Isnin lalu.

ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari tiba di balai polis berkenaan pada kira-kira jam 10.30.

“ASP Dr. Vasu sedang merakam percakapan saya di IPD Ampang Jaya. 18 soalan yang sudah disiapkan oleh pihak atasan iaitu IPK Selangor,” kata Azmin Ali dipetik daripada twitternya pagi ini.

Ketiga-tiga mereka diserahkan notis tersebut pada tengah malam Isnin lalu.

Wakil rakyat berkenaan memasuki balai polis ditemani peguam Latheefa Koya dan N Surendran serta ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Sementara itu, sekumpulan penyokong seramai kira-kira 50 orang turut berkumpul di luar balai polis berkenaan.

Dilaporkan, satu insiden kekecohan berlaku melibatkan peserta perhimpunan berkenaan, antara tengah malam dan awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, sepasukan polis termasuk FRU bertindak menghalang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapan di perhimpunan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan