"Mujurlah, Revolusi 308 tidak sampai lebih awal ke wilayah-wilayah borneo. Jika tidak, pastinya kerajaan yang memerintah hari ini adalah sebuah kerajaan rakyat.Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu membuktikan betapa Barisan Nasional tidak kebal di seberang sana. Ia juga memberi gambaran betapa wang ringgit itu tidak boleh beli semua jiwa. Mungkin hanya jiwa melayu Sungai Buaya sahaja boleh dibeli Barisan Nasional, tidak di sekitar bandar, dan tidak di Sibu.Sekiranya Parlimen Sibu boleh jatuh ke tangan rakyat melalui DAP dan Pakatan Rakyat, tidak mustahil parlimen-parlimen lain juga terdedah untuk ditewaskan pada PRU-13.
Kerajaan Malaysia hari ini dibentuk oleh UMNO dengan bantuan blok parlimen borneo. Sekiranya separuh daripada blok parlimen borneo jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, maka PRU13 bakal menjadi mimpi ngeri kepada semua pemimpin korupsi BN yang selama ini memegang rahsia antara satu sama lain. Mereka yang menggadai maruah bangsa dan menjual negara ini kepada kapitalis barat akan tetap diheret ke muka pengadilan, apabila Borneo tidak lagi menyebelahi mereka.
Sibu dan borneo juga harus sedar suatu masa dahulu, penjajah british juga boleh tewas dengan semangat anak muda bernama Rosli Dhobi. Sejarah keberanian Rosli Dhobi kini kembali bergema. Sibu menempa sejarah baru, memberi tentangan kepada penjajah. Pastinya ia bingkas mempengarui seantero Borneo, bahawa Barisan Nasional boleh tewas di bumi borneo.
Kemenangan Sibu akan mempengaruhi borneo lantas memberi petanda awal kepada Barisan Nasional, adalah tidak mudah lagi untuk mempermainkan hati rakyat dengan retorik semata-mata. Revolusi 308 akhirnya tersebar menyeberangi Laut China Selatan, membungkang keegoan sebuah kerajaan yang kian goyah tanpa perlindungan insuran dari bumi borneo.
Semenanjung sudah bangkit, borneo juga sudah bangkit. Hanya yang tinggal, segelintir umat felda yang hanya mengenal wang ringgit tanpa mengambil kira maruah yang kian tergadai. Ayuh kita heret pemimpin rasuah bersama kroni dan cukong-cukong daratnya yang menyembelih rakyat melalui keuntungan kapitalis yang membunuh kehidupan secara perlahan.
Ayuh bangkit, Revolusi 308 menanti permulaannya di saat kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada tanggal PRU-13 yang semakin menghampiri kita. Buktikan kita rakyat Malaysia adalah bangsa yang punya revolusi, demi anak bangsa sendiri.
RE-FOR-MA-SI !!
TAKBIR !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan