Pengikut

Sabtu, 22 Oktober 2011

SMM Terkejut Ahli Parlimen Pakatan Muncul?

Solidariti Mahasiswa Malaysia menerusi jurucakapnya, Ahmad Shukri Kamaruddin petang ini terkejut dengan kehadiran beberapa MP daripada pihak pembangkang dalam himpunan mahasiswa bantah pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari petang Jumaat.

Menurut Ahmad Shukri dalam satu kenyataannya, beliau sendiri tidak menyangka YB Nurul Izzah, YB Tian Chua turun bersama rakyat dan mahasiswa bantah tindakan pihak pentadbiran UIAM.

SMM tidak jemput

“Saya mewakili SMM terkejut dengan hadirnya MP-MP Pakatan dan kami sebenarnya memang tidak tahu kenapa mereka datang.

“Bagi kami, kami tidak mahu sangat melibatkan pihak parti politik dalam isu ini.”

“Bukan saya tidak terima mereka hadir tapi saya harap mana-mana pihak jangan kaitkan kami dengan YB-YB yang bersama mahasiswa sebentar tadi.”

“Mungkin mereka hadir sebagai warganegara atau mungkin bekas pelajar anak didik Prof (Aziz Bari).”

Mahasiswa yang ‘lead’

Shukri dalam pada itu juga menegaskan pihaknya (SMM) sesekali tidak pernah berbincang dengan pihak lain selain pertubuhan mahasiswa.

“Kami yang ‘lead’ penyerahan memorandum ini hanyalah front-front mahasiswa.”

“Dan kami langsung tidak pernah bincang, duduk semeja dengan mana-mana wakil rakyat.”

“Saya tegaskan di sini, kami mahasiswa tidak sama sekali mahu penglibatan parti politik luar dalam agenda perjuangan kami, non partisan. Dan setiap yang diperjuangkan mahasiswa haruslah bertepatan dengan kehendak rakyat, itu prinsip kami.”, ujarnya.

Terima kasih Yang Berhormat

Namun, Ahmad Shukri yang juga bakal graduan KUIS tidak kecewa dengan situasi terbabit yang jelasnya bakal mengundang persepsi buruk dan salah sangka orang lain terutama mahasiswa dan universiti itu sendiri.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keperihatinan yang diberikan.”
“Cuma kerisauan saya adalah persepsi dan tanggapan orang lain terhadap perjuangan yang dibawa kami ini.”

“Bukan bermakna saya tidak setuju mereka hadir tapi saya tahu ramai akan ‘cakap belakang’ nanti.”

YB Izzah, YB Tian Chua turun padang

YB Izzah bersama YB Tian Chua turun padang tinjau keadaan di UIAM
Sumber daripada beberapa rakan media menyatakan selain mahasiswa dan alumni UIAM, turut bersama dalam himpunan itu ialah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan YB Tian Chua yang menyokong penuh perjuangan yang dibawa mahasiswa.

Namun, mereka dikatakan tidak mahu ‘speech’ walaupun dilaungkan orang ramai ‘We Want Tian Chua’ dan ‘We Want Izzah’ ketika himpunan hampir selesai. - RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan