SEBELUM ini heboh di internet terutama di blog-blog, dan halaman facebook yang menyebarkan berita bahawa penyanyi rock terkenal tanah air, Awie menyertai Umno.
Bagaimanapun, KL Today melaporkan, sepuluh artis sertai umno antara yang dilaporkan, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool serta Adam AF (baca dibawah).
Seramai 10 artis semalam (Khamis) telah menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di sini ialah Timbalan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.
Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program “Jom Masuk Umno”.
Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.
Sementara itu, pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman yang turut hadir dalam majlis tersebut enggan dilabel sebagai seorang gengster Melayu hanya kerana imejnya.Awie berkata, baginya gelaran itu tidak layak untuk dia kerana perwatakannya jauh berbeza di mana dia merupakan seorang yang suka melawak dan penyayang.
“Mungkin dari segi luaran saya nampak garang tapi sebenarnya saya seorang yang sangat penyayang tau,” selorohnya ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan nyanyian iaitu Barisan Nasional (BN) 1 Youth Music di pejabat Pemuda UMNO, Menara Datuk Onn.
Bagaimanapun kata bintang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu, gelaran tersebut diperkatakan mungkin kerana dia seorang yang lantang dalam mempertahankan haknya dalam apa jua perkara.
“Bagi mereka yang rapat dengan saya mereka akan tahu, saya seorang yang lantang bersuara dalam apa sahaja situasi bagi mempertahankan sesuatu hak.“Paling tidak pun, saya seorang yang sangat tegas mengenai isu pembelaan artis. Mungkin dari situ orang nampak saya seorang yang kasar,” katanya.
Pertandingan yang dibuka kepada semua golongan itu akan bermula di sekitar pertengahan bulan November dan tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, para peserta perlu melalui uji bakat dengan merakamkan video nyanyian masing-masing dan kemudian ia perlu dihantar ke laman web rasmi pertandingan berkenaan.
“Peserta-peserta yang dipilih akan melalui proses saringan pula sebelum ke peringkat seterusnya iaitu pertandingan separuh akhir dan akhir yang diadakan secara langsung pula.
“Saya harap, menerusi pertandingan ini, lebih ramai lagi remaja berbakat tampil menunjukkan skil nyanyian masing-masing lebih-lebih lagi apabila mereka hanya perlu merakamkan video nyanyian sahaja tanpa perlu rasa takut untuk berhadapan dengan juri,” katanya. -KLT
p/s:Mengaku sajalah Awie, ini negara demokrasi, nak pilih parti apa pun terpulang kepada kamu. Jangan pilih parti haram tak berdaftar sudah lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan