Pengikut

Khamis, 13 Oktober 2011

Awie Wings Masuk Umno

Selepas beberapa artis menyertai parti Umno, Kini "Otai Rock" Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menyertai barisan pemuda Umno pada petang ini.

Penyanyi dan juga pelakon itu akan menyerahkan borang keahliannya di pejabat Pemuda Umno, Menara Dato Onn Kuala Lumpur.

Majlis itu akan turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Terdahulu AC Mizal, Norman KRU dan Jamal Abdillah pernah menyerahkan borang keahlian secara rasmi untuk menjadi ahli Umno.

p/s: Itu pilihan yang di buat Awie... Walau apa pun... berpolitik tu... jangan sampai peminat lari ... udah le....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan