“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” - Kata Diana Amir.
Gambar Siti Nordiana Bertudung, cantik sangat, sedap mata memandang.
Sebenarnya jelas nana, sebelum ini dia dah mula mengenakan tudung pada bulan puasa yang lalu, katanya juga bertudung bukanlah disebabkan kerana fesyen, tetapi kerana tuntutan sebagai seorang wanita muslim, dan dia berdoa dan berharap agar dia kekal bertudung sampai bila-bila.
“Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila. “Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik,” jelasnya.
p/s: Alhamdulillah suka sangat dengan penghijraan baru Nana dan Diana ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan