Pengikut

Sabtu, 3 September 2011

Najib sambut Merdeka di Australia?

SEPATUTNYA manusia yang paling patriotik sekali di negara ini seharusnya adalah orang nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Namun perkara sebaliknya berlaku, di saat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 54, pemimpin nombor satu negara memilih untuk bercuti ke luar negara iaitu ke Australia.

Sebuah blog merakamkan gambar pesawat peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan Najib Tun Razak dilihat mendarat di Perth Autralia pada 31 Ogos 2011, pukul 17.05 waktu tempatan [Airport Spotter].

Sekiranya beliau ada urusan rasmi atas alasan kerja sekalipun, beliau harus membatalkannya pada 31 Ogos. Sebaliknya beliau dipercayai bercuti ke Autralia dan hanya akan pulang pada minggu hadapan.

Sebaik sahaja perkara ini menjadi buah mulut rakyat, kita nantikan apa agaknya alasan Najib bagi meredakan keadaan?

Perkara ini benar-benar memalukan bila seorang perdana menteri bercuti ke luar negara di saat negaranya sedang menyambut hari kemerdekaan.

Perkara ini menjelaskan mengapa Najib Razak hanya menyampaikan ucapan Hari Kemerdekaan melalui akaun Facebook yang dihantar melalui Twitter [Facebook]. Tiada sebarang program hari kemerdekaan yang disertai oleh Najib.

Malam tadi seorang jurukamera Bernama telah meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan di Moghadisu, Somalia. Kita saksikan dari manakah Najib akan menyampaikan ucapan takziahnya? - MiloSuam

p/s: "Ahli Umno dikencing Pemimpin mereka yang cukup patriotik"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan