Pengikut

Rabu, 7 September 2011

Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera

Adik Muhammad Indera, Baharom Shah Indera menuntut kerajaan supaya membersihkan nama abangnya yang dituduh sebagai pengganas komunis.

Beliau mewakili keluarganya turut menuntut sejarah dikaji semula bagi memperbetulkan persepsi terhadap perjuangan abangnya sebelum kemerdekaan.

“Abang saya adalah pejuang kemerdekaan. Saya mengalu-alukan mana-mana pihak untuk membersihkan nama abang saya,” kata Baharum pada sidang media di ibu pejabat Pas, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat dan Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap Mat Indera yang terlibat dalam serangan di rumah pasung Bukit Kepong pada 1950, adalah hero sebenar yang menentang penjajah British.

Kenyataan tersebut kemudian cuba diputarbelitkan pimpinan Umno dan media arus perdana yang menuduh Mat Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat menyokong perjuangan komunis.

Mat Sabu lantas menegaskan perjuangan Mat Indera turut diiktiraf oleh kerajaan Johor melalui buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 1994 dan turut disertakan dengan prakata Menteri Besar Johor. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan