"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"Saya tak ada cerita baru. Ulang cerita lama ja. Bukan cerita, tapi fakta. Fakta yang dah jadi lebih established dari established itu ialah; 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya. Memang betul fakta itu bukan news. Bukan berita baru. Tapi, oleh kerana masih ramai lagi yang tak sedar benda tu walaupun dalam zaman informasi dan komunikasi di hujung jari ni, kita kena ratib benda tu tiap-tiap hari - 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya.
Dalam kes Mat Indera pun, nampak sangat semakin established bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Baca sendirilah berita di bawah. Cukup takat tu dulu. Mudah-mudahan ada seorang dua yang mula reti bahawa bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya.
Saya juga berharap tidak ada yang menafikan bahawa pengganas komunis jahat dan bahaya. Tapi pada masa yang sama, jangan pula dinafikan bahawa alat perkakas British yang minum arak, main judi dan kacau anak dara kampung orang juga jahat dan bahaya (tak kiralah sama ada alat British tu sedar atau tidak atau semata-mata nak kerja kerana tak ada kerja atau kerana nak glamour makan gaji dengan Orang Putih jadi pegawai British dan sebagainya).
Saya juga nak semua orang tahu bahawa pemimpin-pemimpin awal Umno terdiri dari pegawai-pegawai British. Datuk Onn Jaafar pernah jadi pegawai British, Tunku Abdul Rahman pernah jadi pegawai British, Tun Abdul Razak Hussein pernah jadi pegawai British. Memang sukar dinafikian apa yang Lee Kuan Yew pernah kata bahawa British mengambil keputusan untuk melepaskan Malaya dari cengkamannya sebab tak tahan sangat dah dengan ancaman komunis. Tapi British lepaskan kepada siapa? Bacalah sendiri apa Cromer tulis seperti yang saya petik di atas.
Memang, ketika mereka mengganas dan jahat mengalahkan iblis dan syaitan, puak komunis di negara ini sama bahaya dengan Umno yang menjarah negara ini sejak sebelum merdeka lagi ketika menjadi pak yet Orang Putih. Memang, zaman tu komunis sama bahaya macam Umno.
Tetapi, apabila komunis negara ini tidak lagi mengganas dan meletak senjata, darjat kejahatannya tidak sama lagi dengan Umno. Hari ini, komunis dah kalah teruk di tangan Umno dari segi kemerbahayaannya. Hari ini, Umno yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata parti perasuah jauh lebih bahaya dari komunis.
Teringat pula kata orang bahawa komunis bangsa Melayu bila nak kahwin dengan komunis bangsa Cina, depa tak murtad. Komunis bangsa Cina tu memeluk agama Islam dulu sebelum kahwin dengan komunis bangsa Melayu tu. Contohnya perkahwinan Abdullah CD dan Suriani Abdullah. Tetapi, di bawah pemerintahan Umno, bersepah-sepah yang murtad. Walaupun ada kawan-kawan yang berfahaman komunis, saya tak akan bermuka-muka dan tetap menyatakan bahawa komunis bahaya. Tetapi, Umno lebih bahaya dari komunis! (Mat Sabu Tunjuk Bukti)
-Penarik beca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan