Pengikut

Rabu, 7 September 2011

‘Demi Allah saya tak pakai baju kalis peluru’ - Azeez

Kenyataan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Bahawa beliau sendiri pun tidak memakai baju kalis peluru di Somalia itu tidak penting...

Soalnya adakah pihak penganjur menyediakan baju kalis peluru kepada peserta? Jika pihak penganjur prihatin akan keselamatan para peserta maka mereka wajib menyediakan baju kalis peluru... dan mereka harus pastikan yang kesemua peserta harus memakai untuk keselamatan peserta itu sendiri.


Di Malaysia kerajaan sanggup habiskan jutaan ringgit untuk kempen keselamatan di jalanraya agar penguna memakai topi keledar dan tali pinggang belakang bagi kereta inikan pula misi ke Somalia yang semua kita tahu ia amat merbahaya...???
(baca kenyataan Azeez dibawah)

‘Demi Allah saya tak pakai baju kalis peluru’

“Demi Allah saya tidak pernah memakai baju kalis peluru di Somalia dan mana-mana misi kemanusiaan yang saya sertai selama ini,” itulah luahan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim apabila ditanya Sinar Harian semalam mengenai tuduhan daripada beberapa pihak sebelum ini yang mengatakan beliau seorang sahaja memakai baju kalis peluru di negara tersebut.

Menurutnya, baju kalis peluru yang dipakainya hanyalah doa dan niat ikhlas untuk membantu saudara sesama Islam yang menghadapi konflik dan bencana kebuluran yang amat meruncing di negara ‘tanduk Afrika’ itu.

“Saya sentiasa memakai jaket nipis, itu sajalah baju kalis peluru saya, jadi kepada mereka yang menuduh itu, ia adalah satu pembohongan dahsyat dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Ingin saya tegaskan, misi ini merupakan misi kemanusiaan untuk membantu sesama manusia di negara memerlukan seperti Somalia,” katanya.

Mengenai dakwaan yang mengatakan kenderaan yang dinaiki Abdul Azeez mempunyai ciri-ciri keselamatan, beliau menegaskan ketika di Somalia, pasukannya sentiasa bertukar kenderaan atas nasihat daripada kerajaan tempatan.

“Kami juga tidak memasang sebarang tanda supaya tidak mahu dikenal pasti sebagai sasaran serangan. Kami juga tidak meletakkan bendera Malaysia kerana bimbang ia akan disalahertikan sebagai bendera Amerika Syarikat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan pasukannya mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Malaysia dan Somalia bagi memastikan keselamatan anggota terjamin.

Katanya, insiden yang menimpa jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh akibat terkena peluru sesat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai takdir Illahi.

“Pada 25 Ogos, pasukan tinjauan utama, tujuh daripada mereka pergi diketuai Zulkifli Mohd Noor (duta yang bertanggungjawab ke atas Afrika Utara) dan bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia Kolonel (B) Ramlee Sham melakukan tinjauan terlebih dahulu dan dibincangkan.

“Mereka memberitahu kami apa yang kami perlu lakukan, apa yang kami perlu pakai dan apa tidak boleh pakai. Jadi kami mematuhi segala-galanya berdasarkan SOP,” katanya.

Selain itu, Abdul Azeez turut berjanji akan membantu keluarga Noramfaizul sebaik mungkin bagi meringankan beban yang ditanggung akibat insiden ini. -SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan