Pengikut

Isnin, 8 Ogos 2011

Umno yakin tawan Selangor guna PATi

Gerakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing yang didakwa giat dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memungkinkan Umno mampu merampas semula kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Menurut blogger Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib, kemungkinan itu berdasarkan isyarat yang disuarakan sendiri oleh Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus di The Malaysia Insider semalam.

Abdul Shukor berkata, Barisan Nasional yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 depan.

Abdul Rahman mepersoal mengenai ramalan kenaikan undi Melayu antara 50 peratus hingga 65 peratus kepada Umno pada kala tidak ada suatu isu yang besar melanda kerajaan Selangor belakangan ini.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa keyakinan Abdul Shukor itu berdasarkan pada ramalan Umno Selangor bakal disokong oleh pendatang asing yang diberi kad pengenalan 'haram' oleh pihak tertentu demi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Ia tidak bermakna jangkaan Shukor Idrus itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Ini kerana kenaikan 15% itu adalah dari kalangan kaum MElayu yang sebelum ini bertaraf pendatang asing.

"Pengundi-pengundi seperti Mismah, Rita, Saifuddin dan sebagainya (pendatang asing) yang akan menaikkan jumlah bilangan pengundi Melayu di Selangor kepada UMNO.

"Jadi, tak heranlah Shukor Idrus begitu yakin akan berlaku kenaikan pengundi Melayu yang begitu melampau dan tidak masuk akal seperti di atas," ujarnya dipetik dari Malaysiawave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan