Pengikut

Khamis, 25 Ogos 2011

Kalau Majlis Fatwa pun Umno tak endah, lu fikirlah sendiri

Seperti program Debat Ilmiah yang lalu, debat bertajuk “Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti ?” juga telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat.

Dianggarkan 500 orang telah menyaksikan debat yang membariskan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Fathul Bari Mat Jahaya, Ulama Muda Umno. Program anjuran Karangkraf diadakan pada Rabu 24 Ogos di Auditorium kompleks Kumpulan Media karangkraf Shah Alam. Moderatornya ialah Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Syabas dan tahniah pada penganjur, Moderator yang profesional dan adil serta Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu tenang, mantap dan bersahaja dalam penyampaiannya. Audiens dapat merasakan keikhlasan dari setiap pandangan serta jawapan beliau!

Hujjah dari Mufti Perak bagaimanapun menyedihkan. Nampak jelas betapa Ulama Kerajaan Pusat/ Perak ini mengutamakan bangsa Melayu dengan alasan Melayu merujuk Islam. Di pentas ini pun beliau masih lagi mengungkit isu UG dan menyalahkan TGNA kerana menolak rujuk pada Umno. Justru-sesuailah jika dikatakan bahawa ulama untuk bangsa?

Mendengar gesaan Mufti Perak supaya melayu PAS dan Umno bersatu (disaat kejatuhan Umno) membuat saya merasakan seolah mendengar ucapan dari Presiden PERKASA.....bukan ulama, bukan seorang mufti!

Begitu juga saya jadinya tertanya-tanya, apakah Tan Sri Harussani pernah membuat gesaan yang sama pada Umno berrkait jalinan Umno bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti non-muslim dalam BN? Ataukah gesaan itu hanya khusus buat PAS- DAP?

Bagi Ulama Muda umno pula- saya ingin ucapkan takziah! Setelah lebih 50 tahun Umno berkuasa dalam kerajaan pusat, dengan barisan menterinya, para mufti dan pengarah majlis agamanya, dengan menteri agamanya- Umno masih lagi tidak berubah. Sebaliknya- kebejatan makin menjadi-jadi. Jika seorang senior seperti Tan Sri harussani yang puluhan tahun berpengalaman sebagai mufti pun- tidak diendahkan nasihatnya, maka apalah yang diharapkan oleh Ulama Muda seperti Fathul?

Seperti yang dipersoalkan oleh seorang muslimat- Fathul nak tunggu berapa lama lagi, untuk menjalankan dakwah pada pimpinan Umno supaya kembali amanah pada tanggungjawab terhadap rakyat? Sementara Ulama Muda Umno bereksperimen dengan usaha dakwah langsungnya itu- cuba bayangkan berapa banyak lagi kemusnahan aqidah, sosial,politik dan ekonomi yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Begitu juga- alasan-alasan lemah Ulama Muda Umno ini- yang menekankan perlunya rakyat bersabar dan mendoakan perubahan bagi pemimpin Umno, serta perlunya pendekatan nasihat secara langsung, tanpa mengaibkan pemimpin Umno membuatkan kita terasa benar ketidakmatangannya. Sejujurnya- siapakah yang mampu bertemu selalu dan menasihati pimpinan Umno khususnya PM dan TPM? Siapakah pula yang diiktiraf peranannya sebagai Penasihat yang akan didengar nasihatnya? Seperti kata Dato Tuan Ibrahim Tuan man, kalau nasihat mufti dan fatwa majlis fatwa pun ditolak...lu fikirlah sendiri!

Kita merasa keciwa melihat betapa bersungguh Fathul mempertahankan pimpinan Umno sehingga melupakankeadilan Islam dimana rakyat mempunyai hak ke atas pemimpin.Sebagai seorang ulama muda Umno, adakah rakyat dianggap robot atau patung tak bernyawa yang boleh menjadi barang permainan pemimpin Umno? Siapakah yang akan membela nasib rakyat yang dinafikan hak untuk mendapat keadilan pemerintah? Hak untuk mendapat kerajaan yang amanah, adil dan telus?

Akhirnya, kita ingin bertanya Ulama Muda Fathul.... adakah beliau masuk ke dalam Umno, menjadi Ulama Muda Umno untuk dakwah? Atau untuk cari makan? (carma)

Fikir-fikirkan dengan iman.....moga ketemu jawapan yang jujur di penghujung Ramadhan Al Mubarak ini. -HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan