
Malah, menurut Karpal (gambar) kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan tidak wajar.
"Kenyataan Zulkifli dibuat secara spontan yang tidak signifikan,” kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar.
Sehubungan itu, Karpal juga memberi amaran kepada ahli-ahli DAP yang ingin bertanding pada pilihan raya umum akan datang supaya tidak menggunakan taktik yang boleh menyebabkan perpecahan dan syak wasangka di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Menurut Karpal, DAP tidak akan merampas kerusi rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat, meskipun ada kerusi yang terlepas akibat daripada tindakan membelot.
Katanya, meskipun PKR menerima kesan akibat paling tadah itu, namun sebahagian besar kempimpinan utama parti itu masih kekal utuh.
"DAP telah membenarkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk terus menjadi ketua pembangkang walaupun DAP kini mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen daripada PKR, selepas pembelotan beberapa ahli parlimen yang tidak mengenang budi itu.
"Bersama-sama dengan DAP, PKR dan PAS, Pakatan Rakyat berada dalam hala tuju yang betul ke Putrajaya."

Dakwanya, sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis".
"Beberapa pilihan raya, misalnya di Sarawak, telah menunjukkan, pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR.
"Itulah sebab mengapa DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon-calon Melayu," katanya pada sidang satu media. - Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan