Dalam perutusan sempena Aidilfitri, Ketua Pembangkang berkata, menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan merupakan satu ujian kepada umat Islam, ujian melawan nafsu, menundukkan musuh utama dan sekiranya menang, dianugerahi Allah s.w.t dengan petunjuk serta ampunan dari-Nya.
“Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan al-Quran.
“Kedua-duanya menjadi satu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram (Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ketua Umum PKR ini berkata, ketibaan 1 Syawal semestinya disambut dengan rasa gembira dan bersyukur dan digunakan sebagai kesempatan memperkukuh hubungan antara umat Islam dengan Sang Pencipta sepanjang bulan Ramadan itu berterusan. - TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan