Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihanraya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut. Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH2.0.
Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini. Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
YBHG TUAN MOHAMAD SABU
Timbalan Presiden PAS
YB PUAN NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN
YB PUAN TERESA KOK SUH SIM
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan