Beliau ditemani peguam dari Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri dan N Surendran. Turut hadir, Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya nya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan tepat ke arahnya pada himpunan itu.
Beliau sebelum ini mendakwa pembedil pemedih mata dilepaskan menghala ke arah Anwar dalam jarak beberapa puluh meter daripada tempat mereka berdiri.
Menurutnya, anggota polis menghalakan pembedil itu tepat ke arah kepala Anwar dan bukan menghala ke atas seperti yang sepatutnya dilakukan.
Beliau terkena tembakan itu sewaktu memegang tangan Anwar untuk memaksanya berundur supaya tidak terkena tembakan kanister gas tersebut.
Fayyadh mula berkhidmat dengan Anwar semasa Ketua Pembangkang itu bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008. -KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan