Pengikut

Rabu, 20 Julai 2011

Liow Tiong Lai bila mahu siasat?

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng menggesa pihak polis memangil semua saksi berhubung serangan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, ketika himpunan aman Bersih 2.0.Katanya, siasatan tersebut perlu telus dengan memanggil saksi berkenaan termasuk dari Majlis Peguam dan individu yang turut berada di tempat kejadian semasa serangan itu dilakukan.

Beliau berkata demikian mengulas penubuhan dua pasukan khas oleh polis bagi menyiasat dakwaan 11 doktor dari hospital berkenaan yang mendakwa serangan pada 9 Julai itu benar-benar berlaku.

“Polis sebelum ini boleh menafi dengan sekerasnya, dan kini kita menunggu siasatan dijalankan. Kita boleh tunggu namun siasatan tersebut perlu dipercepatkan” katanya ketika dihubungi.

Chua Jui Meng yang jua mantan menteri kesihatan berkata, rakyat meneliti bukti yang disiarkan menerusi internet berhubung serangan gas dan keganasan pihak polis di kawasan hospital berkenaan.

Katanya lagi, orang ramai juga tidak akan membiarkan isu serangan gas pemedih mata di hospital itu lenyap begitu sahaja, meskipun kerajaan menggunakan pelbagai helah untuk menafikan dakwaan itu.

“Walaupun tidak disebarkan melalui media arus perdana namun kita ada media alternatif sebagai sumber yang memaparkan bukti kejadian melalui gambar yang juga terpapar di internet,” katanya.

Tambah beliau, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kini dilihat sudah mula mendiamkan diri tentang isu itu.

“Peristiwa yang memburukkan imej dan tidak menyebelahi mereka akan disertakan dengan penafian sekeras-kerasnya, seterusnya dengan pengancaman dan menakut-nakutkan mangsa jika dakwaan yang di’siasat’ tidak benar,” katanya lagi. -KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan