Katanya lagi pihak beliau akan mengeluarkan video kononnya menenai gambaran sebenar Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu.
Saya dah boleh agak lepas ini kan muncullah video yang menggambarkan para perhimpun bertindak ganas memulakan angkara,melakukan provokasi, melempar objek kepada polis dan bermacam-macam lagi.
Kalau kita masih ingat beberapa hari menjelang himpunan Bersih polis adakan latihan menghadapi demonstrasi. Tidak mustahil video latihan itu akan digunakan oleh mereka bagi menipu rakyat kononnya itulah demonstrasi yang sebenar.
Kalau bom petrol, parang dan gambar Rashid Maidin pun mereka boleh adakan untuk burukkan Bersih, maka tidak sulit sangat bagi mereka untuk menyiarkan video palsu Bersih.
UMNO Be End sanggup buat apa saja untuk memburukkan Bersih, bagi mereka tiada halal haram untuk menipu kerana itu adalah ajaran yang mereka anuti sejak berzaman. -RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan