Anak Pulau Pinang yang terpilih masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula tahun ini nampaknya mendapat satu lagi berita gembira apabila kerajaan negeri bersedia untuk menaikan saguhati dari RM500 ke RM1,000.
Tahun lalu, mereka yang bertuah masuk ke IPTA menerima sumbangan sebanyak RM500 sahaja.
Tahun lalu, mereka yang bertuah masuk ke IPTA menerima sumbangan sebanyak RM500 sahaja.
"(Pemberian saguhati) ini adalah untuk tahun pertama (mahasiswa daftar masuk Universiti) sahaja. Dulu, kita beri RM500. Sekarang, kerajaan naikan RM500 kerana kerajaan Pulau Pinang berjiwa rakyat.
"Kita (kerajaan Pulau Pinang) menyedari bahawa kos sara hidup dan inflasi meningkat. Dengan pemberian ini, diharap dapat mengurangkan beban kita untuk menghantar anak ke Universiti," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, Georgetown petang tadi.
Lim berkata, mereka yang pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000 layak untuk memohon sumbangan tersebut dengan mendapatkan borang dari pejabat daerah masing-masing.
Tahun lepas, mereka yang pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah layak menerima sumbangan tersebut.
Tarikh tutup bagi permohongan sumbangan masuk universiti awam tersebut adalah sehingga penghujung Julai ini.
-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan