Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

Risalah palsu strategi baru halang Bersih

Risalah palsu berwarna kuning yang dilekatkan pada kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini merupakan strategi baru untuk menghalang Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mengedar risalah palsu itu adalah tindakan jahat, dengan tujuan melakukan provokasi.

Menurutnya, kenyataan risalah tersebut memfitnah Bersih dengan meletakkan slogan “Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang” dan “Buktikan Kita Mampu Seperti Libya”.

“Dakwaan tersebut tidak benar, perhimpunan bersih adalah perhimpunan aman yang ingin menuntut pilihan raya telus.

“Semua ni kita dah jangka dan ini hanyalah satu lagi taktik baru yang ingin menghalalkan tindakan pihak berkuasa termasuk akan mengisytihar darurat serta menggunakan akta ISA,” kata beliau ketika dihubungi keadilandaily.

Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard berkata, tindakan itu susulan pengharaman T Shirt kuning yang diumum Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak risalah palsu akan diedar ke tempat lain selain Wangsa Maju.

“Namun saya percaya orang ramai tidak lagi menghiraukan dan terpedaya dengan penipuan pihak berkenaan. Rakyat akan terus bangkit dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil,” katanya.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan