Pengikut

Jumaat, 24 Jun 2011

MemBERSIHkan KATAK yang hodoh!

BERSIH 2.0 telah membuatkan 2,3 ekor katak melompat-lompat kekalutan. Kalut untuk mencari tapak untuk menikmati kelazatan enaknya nyamuk..! Sedangkan katak-katak hodoh itu tidak menyedari bahawa sang nyamuk tidak akan berlegar-legar lagi dibibir katak-katak itu namun akan terus menghisap darah katak-katak hodoh itu!..

BERSIH 2.0 adalah kehendak rakyat. Buktinya perhimpunan BERSIH 1.0 itu berjaya dengan hebatnya. Rakyat yang mempunyai jiwa membara untuk memastikan pilihanraya telus dan adil serta diBERSIHkan dari penyelewengan beramai-ramai turun ke jalan raya melontarkan kehendak jiwa bahawa keadilan itu wajib dihormati.


Tiba-tiba muncul 2,3 ekor katak yang bersuara kononnya BERSIH itu kotor.. BERSIH itu haram.. Eh, katak-katak ini sudah lupa bahawa rakyat mempunyai hak yang jelas untuk berhimpun dengan aman dan menyatakan hak mereka berdasarkan perlembagaan negara. Perlembagaan yang jelas menyatakan "

* Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

* Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.

* Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966

Bukankah ini sudah jelas?.. Habis, mengapa katak-katak ini kalut dan takut..?

Mereka takut. Terutamanya katak dari Pasir eMas yang takut perutnya akan hancur digilis oleh rakyat pada PRU13 nanti. Katak ini buntu dan takut kerana memikirkan atas platform apakah untuk katak ini melompat pada PRU13 nanti. PAS sudah pasti tidak akan bagi payung pada katak ini lagi. PKR? Ya, mereka akan bagi payung namun bukan untuk katak ini berteduh tetapi untuk membantai katak ini sehingga lunyai. Jadi, parti apa lagi untuk katak ini mengharapkan untuk berteduh? Pastilah UMNO. Namun, UMNO akan terima lagi ke katak ini? Katak yang berbadan besar tetapi berakal kecil ini..? Oh ya, ada satu lagi pilihan.. katak ini boleh membeli sendiri payungnya.. melompat sambil memegang payung. Namun,pasti payungnya akan bocor dek balingan batu oleh rakyat yang sememangnya hanya meratib menunggu masa.

Sokonglah BERSIH 2.0. Keluarlah menyatakan kebenaran. Jangan takut untuk melawan kezaliman. Usah risau dengan ugutan yang tidak berasas. Kita sudah lama ditindas,hak kita dipijak..inilah masanya kita buktikan bahawa rakyat yang mereka tipu,tindas dan pijak ini bukan bodoh. Kalau anda rasa sakit dengan kenaikan harga barang, inilah masanya.. andai anda rasa susah dengan kenaikan harga minyak, inilah masanya.. andai anda rasa risau dengan angka MURTAD yang tenat di negara kita, inilah masanya.. jika anda ingin masa depan anak-anak anda dibela, inilah masanya..jika anda mahukan pemimpin yang adil menjadi pemerintah, inilah masanya.. andai anda benci dengan kemewahan yang dinikmati oleh pimpinan kerajaan sedangkan rakyat masih miskin dan ditindas, inilah masanya.. jom, kita sama-sama memeriahkan himpunan demokrasi ini. Ya, pasti tsunami kuning akan membanjiri bandar Kuala Lumpur nanti. TSUNAMI KUNING.JOM BERSIH..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan