Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia. “Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan.
Diminta menghuraikan pendiriannya secara lebih lanjut, Jamil Khir berkata: “Kita tidak buat tugulah, kalau kita ikut pandangan mufti”.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas melawat Surau An-Najah di Taman Batu Muda, Gombak di ibu negara.
Jawatankuasa itu sebelum ini berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).
Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.
Tegahan juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan bahawa pembinaan Tugu 1Malaysia “bukan keperluan mendesak” yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan.
“PPMM mengesyorkan kepada pihak Kerajaan agar menumpukan kepada perkara-perkara yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat berbanding dengan pembinaan tugu tersebut,” katanya.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (gambar kanan) turut menggesa MFK membincangkan pendirian Perlis itu, seterusnya mewartakannya supaya ia menjadi undang-undang.“Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahaja tidak mempunyai kuatkuasa perundangan, selagi belum diterima oleh negeri serta diwartakan.
“Pihak kerajaan seharusnya peka dengan sentiviti Islam ini supaya tidak tergelincir dari landasan hukum syarak yang sebenar.
“Setiap tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan perlu mengambilkira kedudukannya di dalam Islam sebagai agama bagi Persekutuan,” tegasnya sambil mengingatkan supaya agenda kerajaan selari dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
p/s: Kah kah kah... Salam 1Malaysia Boleh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan