Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

Isytihar darurat untuk halang Himpinan Bersih 2.0

PKR Selangor menjangka kerajaan mungkin menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata PKR Selangor menjangkakan demikian memandangkan tindakan yang ditunjukkan pihak berkuasa kini "ke arah itu."

"Darurat mungkin diisytiharkan, kita tidak tahu.

"Kita jangka mungkin sampai ke peringkat itu sebab pakai baju kuning pun tak boleh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi PKR juga telah menyediakan pelan darurat bagi menghadapi tindakan berkenaan.

Namun parti berkenaan tetap dengan rancangan asalnya untuk mengerahkan anggotanya, kata Shuhaimi lagi.

Tambahnya, PKR Selangor telah menyediakan pelan laluan 70,000 penyokongnya di sekitar Selangor dan Lembah Kelang untuk membolehkan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan penyokong berkenaan akan dibahagikan mengikut lima zon laluan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan tren ke Kuala Lumpur.

Tambahnya, PKR Selangor juga menyediakan tempat tinggal untuk membolehkan penyokong berkenaan bermalam di Kuala Lumpur.

"Senarai tempat tinggal ini akan disiarkan di lamanweb PKR Selangor," katanya lagi. -Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan