Pengikut

Jumaat, 24 Jun 2011

Datuk T didakwa pagi ini

Tiga individu bergelar Datuk T didakwa pagi ini berhubung isu menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan dua lagi rakannya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta 8 pagi tadi.

Trio berkenaan mengakui bertanggungjawab mempertontonkan rakaman video fitnah kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Sehari selepas itu Anwar membuat laporan polis menafikan sekerasnya beliau individu dalam video berkenaan.

Salah seorang Ahli Parlimen KEADILAN, Datuk Johari Abdul yang ditunjukkan rakaman berkenaan menafikan lelaki itu adalah Anwar.

Menurutnya, bentuk tubuh, potongan rambut dan lenggok lelaki berkenaan jauh berbeza dengan Ketua Umum KEADILAN itu.

Pakatan Rakyat menyelar tindakan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mengaib dan menjatuhkan Anwar Ibrahim.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan