Pengikut

Ahad, 8 Mei 2011

Tun M: PRU-13 tak perlu diadakan hingga 2012

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012.

"Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini.

Dr Mahathir berkata ramai orang masih tidak memahami akan "keadaan Malaysia".

"Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan," katanya.

"Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini."

Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik.

"Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa," katanya.

Namun begitu, kata beliau, jika keadaan sangat baik dan BN yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu.

Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apabila kerajaan mengadakan pilihan raya setelah tempoh mandatnya, elemen kejutan pastinya hilang, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir kemudian menyampaikan syarahan sempena mesyuarat tahunan kelapan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Kota Kinabalu, semalam.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan