Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.
Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.
Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.
Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan