Pengikut

Rabu, 25 Mei 2011

PRU13: Umno akan keluar dari BN dan tanding atas tiket sendiri kah kah kah..

Selepas kegagalan mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat kini Umno cuba pulak memcabar DAP agar keluar dari Pakatan Rakyat dan berdepan dengan BN dalam PRU-13.

Naib Presiden Umno Zahid Hamidi, berkata dengan bertanding atas “tiket sendiri” tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat... bukankah selama ini DAP bertanding atas tiket sendiri wahai Datuk Zahid...

Apakata pulak dalam PRU-13 nanti Umno keluar dari BN dan bertanding atas "tiket sendiri dengan mengunakan logo Umno pada kertas undi" macam mana? Kita tengok berapa ramai rakyat yang menyokong Umno? ada berani ka Datu? -DP

BAGAN DATOH, 25 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata dengan bertanding atas “tiket sendiri” tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

“Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai ‘anak jantan’,” katanya dipetik Bernama Online malam tadi.

Menteri Pertahanan itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Lim Guan Eng semalam, mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah PR jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Zahid berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

-The malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan