Pengikut

Rabu, 25 Mei 2011

"Umno Gadai Tanah Kami"

Gadai tanah... bukan tanah orang melayu di Pulau Pinang saja... dimana saja ada tanah melayu yang boleh dijadikan duit untuk mereka maka inilah jadinya... Tapi Masih banyak Orang melayu kita yang sayangkan Parti ini lagi... biar anak cucu merempat, untuk Umno apa saja ku korbankan...! -DP

PENDANG – “Hingga kini masih tiada apa-apa tindakan dan maklum balas daripada mana-mana pihak UMNO bagi membantu menebus semula tanah yang tergadai akibat kegagalan parti melunaskan bagi pinjaman cagaran sebagaimana dijanjikan kira-kira 30 tahun lalu.”Demikian luahan anak mangsa, Mohd Nadzri Mohamad Said ketika dihubungi.

Walaupun telah dihebahkan melalui akhbar-akhbar, beliau kesal dengan UMNO yang hingga kini masih berdiam diri untuk membantu menyelesaikannya.

Kira-kira 30 tahun lalu, waris pemilik tanah, Mohamad Said Awang Kechik mencagarkan dua bidang tanah untuk membantu membina pejabat UMNO Pendang.

Tanpa mengenal erti putus asa, Mohd Nadzri bersama bapanya, Mohamad Said telah menghantar surat rayuan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap Tahun 2011 pada 21 Mei 2011.

“Buat masa ini semua pakat diam, kami berasa kesal.

“Sebagai langkah seterusnya, kami menghantar surat rayuan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sentuhan bantuan beliau,” ujar Mohd Nadzri.

Sebelum ini, mereka juga telah diarahkan oleh UMNO Pusat untuk mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membolehkan UMNO Pusat membuat pembayaran.

“Bagaimanapun pihak kami diperlakukan seperti bola, surat dan telefon kepada pejabat Dato’ Ahmad Bashah tidak dilayan.

“Malah, beliau juga memberitahu bahawa beliau mendapat arahan daripada pihak atasan agar tidak membuat pembayaran terhadap tuntutan ini,” jelas beliau yang kesal dengan sikap seorang pemimpin yang juga pembela rakyat.

Kini, tanah tersebut telah dilelong pada Disember 2010 dengan harga RM70 ribu dan Mohd Nadzri dan bapanya hanya menunggu masa untuk diusir dari tanah tersebut.

-TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan