Hari ini adalah hari penentuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
Anggota polis dilihat berkawal di mana-mana sahaja dalam perkarangan mahkamah.Mahkamah tempat perbicaraan Anwar juga sesak dengan orang ramai.
Ia dipenuhi kira-kira 200 orang termasuk wartawan, penyokong Anwar dan polis Cawangan Khas. Ia adalah tiga kali ganda jumlah kehadiran biasa.
Di luar perkarangan, penyokong Anwar dilihat menyanyikan lagu ‘ole-ole’ yang liriknya diubah kepada ‘Bebas, bebas Anwar’.
Mereka tiba seawal jam 4 pagi bagi menyatakan sokongan terhadap beliau dan berkumpul di Masjid Kuala Lumpur bersebelahan kompleks mahkamah tersebut dan sempat menunaikan solat Subuh dan solat hajat.
Anwar tiba di mahkamah pada kira-kira jam 9.05 pagi . Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat tiba lebih awal antaranya, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden Tian Chua, Naib Presiden pas, Mahfuz Omar, Exco Selangor Ronnie Liu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Chua Jui Meng.Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan