Pengikut

Selasa, 17 Mei 2011

Najib dan Umno makin gila susahkan rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata "Fuel subsidies 'like opium', to be cut gradually". Orang kata, manusia ni kalau setakat bongok saja, satu hari mungkin ada orang boleh ajar dia bagi pandai sikit. Tapi jenis yang satu lagi memang tak ada ubat dah. Jenis tu dah la bongok, jahat pulak.PautanIkut sedap bongok dia nak bercakap. Kalau subsidi untuk rakyat, opium la, candu la, suka hati mulut kurang ajaq nak bercakap. Subsidi untuk IPP tu apa? Ooo, tu bukan candu. Sebab kroni yang dapat. Subsidi untuk rakyat candu. Maklum la, rakyat bukan kroni. Sebenarnya, berita tu patut berbunyi "Kuasa seperti candu kepada BN, mesti bunuh!"

Opium ka, candu ka, menatang apa ka, yang kita dah lama tau ialah rasuah tu macam candu kepada Umno. Kami nak bunuh punca rasuah, susah nak cari. Yang senang bagi kami ialah bunuh kuasa Umno dulu.

Kuasa Barisan Nasional (BN) mesti dibunuh. Kita tak boleh nafikan hak demokratik Umno dan BN untuk terus wujud dan buat buruk kelaku atas dunia ni. Hak untuk terus wujud kita tak boleh usik. Tapi kuasa depa kita kena bunuh. Dah lebih dari candu dah. Umno BN bukan takat mabuk dengan kuasa. Dah sampai peringkat gila tak terubat dah.

Gila nak susahkan rakyat!

Memang Umno BN gila nak susahkan rakyat. Subsidi untuk rakyat depa nak samun. Subsidi untuk kroni macam yang dimentekedarah oleh kapitalis-kapitalis IPP tu sikit pun depa tak usik. Yang kita dok nampak, depa bela bagi gemok lagi. Tengok rajah di bawah (ihsan Finance Twitter).Kepada yang suka diperintah oleh jenis gila susahkan rakyat macam Umno BN tu, nikmatilah hari-hari penuh nikmat hampa!

~Penarik Beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan