LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Sabah (LHDN) dipercayai telah menyerbu sebuah syarikat pemasaran kenderaan mewah di Inanam milik kroni Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pegawai LHDN merampas banyak dokumen syarikat yang mula beroperasi pada 1999 namun pemilik yang bergelar ‘Datuk’ berkenaan bagaimanapun tidak ditahan untuk soal siasat berhubung pelarian cukai dan pemalsuan akaun untung rugi.
Menurut sumber dalaman LHDN, pihaknya menerima maklumat orang awam dan menjalankan siasatan khusus setelah syarikat berkenaan gagal menyerahkan penyata tahunan sejak 2005 dan memalsukan urusniaga syarikat untuk pelarian cukai.
Bagaimanapun Pengarah LHDN Sabah, Kamaruzzaman Haji Abdul Salleh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan, namun jurucakap LHDN mengakui serbuan ada dibuat dan merupakan tugas rutin LHDN.
-MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan