KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan Umno-Barisan Nasional ghairah untuk menaikkan harga minyak, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.
Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.
“Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun,” kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.
Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.
Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.
OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.
Di sebalik penurunan itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilapor akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.
Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter. (baca di sini)
Ia disebabkan keinginan kerajaan untuk menarik balik subsidi kepada rakyat secara perlahan-lahan.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan