Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

Harga Gula Naik Lagi, Tokeh Gula Mencipta Nama, Rakyat Jadi mangsa.

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa hari ini (10 Mei). Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu. -mk

p/s:

Kerajaan UMNO-BN lansung tidak prihatin kepada rakyat miskin. Menggunakan segenap peluang terutama setelah menang pilihanraya negeri Sarawak sebagai platform selesa untunya menaikkan harga barang. Menipu rakyat dengan istilah yang muluk-muluk, "rasionalisasi subsidi" dan kononnya, akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta sedangkan pembaziran kerajaan, ketirisan dan rasuah berbillion-billion jumlahnya tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Tokeh gula yang terus kaya-raya untuk terus menciptakan namanya orang paling kaya negara. Rakyat marhaen keseluruhan yang jadi mangsa. Binatang punya kerja!


-selatanonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan