“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.
Badut pertama dah mengulang-ngulang cerita yang dia ditangkap ISA. Kalau bercerita tentang semangat Melayu, tahanan ISA yang diulang-ulangnya. Kalau kita mendengar cerita tangkapan ISA ke atasnya daripada sumber yang lain, dia ditahan ISA untuk makan angin di sana. Menginap percuma di sana. Badut ini juga yang sentiasa melompat dari satu sarkas ke sarkas yang lain.
Badut yang satu lagi yang didakwa badut pertama kerana hanya lari ke Jakarta menyelamatkan diri dan pulang sehingga semuanya selamat. Badut pertama berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka. “Jaguh pengecut” katanya. Badut ini juga yang selalu bercakap songsang.
Seronok juga kalau dua-dua badut sarkas berkelahi, hati makin terhibur. Pementasannya pun tentu mendapat tepukan gemuruh!! -RakyatMarhaen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan