Pengikut

Rabu, 20 Oktober 2010

Umno-BN Rancang Salur RM75 Bilion Dana KWSP Dalam Syarikat Kroni

Pengumuman Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat misteri milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak di dalam pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat lalu gagal mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP lantas menimbul kesangsian bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan licik Umno-Barisan Nasional untuk 'melarikan' aset negara.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail adalah suatu yang tidak masuk akal kerana dana berjumlah RM75 bilion itu akan digunakan untuk pelaburan yang tidak diketahui porfolionya dengan tepat tetapi cuma dikenali sebagai 'foreign portfolio' (portfolio asing).

"Kita tidak tahu portfolio yang mana tapi apa yang saya jangkakan ianya mempunyai kaitan dengan Bursa Saham New York di mana kerajaan mempunyai satu syarikat milik kerajaan yang tersenarai dalam bursa tersebut tetapi sehingga kini syarikat tersebut adalah misteri yang belum terjawab.

"Kita bimbang, dana KWSP akan disuntik ke dalam syarikat tersebut bagi menyelamatkannya kerana jika syarikat itu tidak mempunyai daya tahan maka kerajaan terpaksa menanggung denda yang dikenakan terhadapnya oleh Bursa Saham New York. Saya bimbang sudah wujud saluran yang disediakan di Bursa Saham New York dan pengumuman Najib sebagai persediaan untuk mengalirkan wang milik rakyat kepada syarikat misteri tersebut.

"Saya jangka duit KWSP ini akan digunakan dalam suntikan modal bagi mempertahankan syarikat kaitan kroni itu untuk terus disenaraikan dalam azan9bursa tersebut," dedah Azan kepada Suara Keadilan.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan dasar kerajaan yang memperbesarkan peranan portfolio asing sedangkan Najib dalam pembentangan bajet kali ini menyatakan kerajaan mahu menggalakkan pelaburan swasta atau pelaburan dalam negara.

Tindakan itu katanya bercanggah dengan hasrat untuk mendaya kembali pelaburan swasta bagi mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Apa yang membimbangkan kata Azan lagi, di samping perbelanjaan defisit yang menokok, hutang negara juga meningkat 18 peratus daripada RM378 bilion pada 2009 kepada RM441 bilion tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, kerajaan memperuntukan 5 peratus daripada belanjawan tersebut untuk melunaskan hutang, bermakna daripada RM212 bilion hanya RM10 bilion untuk tujuan pembayaran hutang.

"Ini bermakna daripada RM441 bilion, kita membayar hutang negara kurang daripada 2 peratus dan ini menunjukkan pengurusan hutang yang begitu lemah sekali.

kwsp1"Keputusan ini adalah tidak munasabah sama sekali apabila kerajaan mencadangkan satu rang undang-undang perbekalan yang bersifat melunaskan hutang negara serendah 2-3 peratus sahaja.

"Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan sanggup menggunakan wang KWSP untuk meningkat pelaburan di luar negara daripada 7 peratus kepada 20 peratus," tegas beliau.

Tambah Azan sikap ini menunjukkan kerajaan lebih rela menggunakan dana awam untuk melabur di luar negara daripada melunaskan hutang.

Azan juga menjelaskan hutang negara terdiri daripada empat kategori akaun iaitu penyata hutang awam luar negara, penyata hutang awam dalam negara, penyata jaminan dalam negara serta penyata jaminan luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan