Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

Dj baru akan ke udara di Hot FM Jumaat ini - Makin Panas!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda akan ke udara di rangkaian radio Hot FM rJumaat ini.

"Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Terima kasih kerana meminta saya berbuat demikian,” katanya di laman Twitter.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana sebelum ini menjemput Najib ke rancangan itu dalam apa yang disifatkannya sebagai 'idea gila'.

Fara kemudiannya menulis di Twitter, "Terbaik. Dapat berita baik.
Idea gila saya nak ajak PM datang Hot FM menjadi."

Fara baru-baru memenangi anugerah DJ Radio Wanita Paling Popular.
Hot FM ke udara pada frekuensi 97.6.

-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan