Kemunculan bekas vokalis kumpulan Rock Gamma, Blank (gambar kiri) yang terkenal dengan lagu 'kembang terhalang' dan 'Bahang Asmara' sekitar tahun 1989 menyemarakan lagi pemuda PAS dari beberapa kawasan seperti Kepala Batas, Nibung Tebal dan Balik Pulau untuk berkonvoi bersamanya mengelilingi Pulau Pinang.
Penasihat Mutiara Infaq, Zulkili Mohd Lazim ketika ditemui menambah, tujuan utama kembara bermotorsikal itu bagi mendekati masyarakat di samping memberikan bantuan hamper kepada golongan fakir miskin di beberapa Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti di Penaga, Sungai Bakap, Pulau Betong dan berakhir di Ekspo Sejahtera Harmoni yang di adakan bersebelahan Masjid Jamek Jelutong.
Bermula di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Penaga kemudian bertolak ke Dewan Kelompok padi Kampung Lahar Kepar untuk program bantuan anak yatim serta pelancaran bantuan beras 100 orang sebulan sekali dan Syakhsiah Rasyidah iaitu gunting rambut pelajar sekolah rendah enam kali setahun.
Semuanya disempurnakan oleh Penyelaras Dun berkenaan, Rosidi Husein yang juga merupakan perasmi XPDC Pandu Selamat Generasi Pewaris pada awal pagi di Penaga.
Setelah menyerahkan hamper di Kepala Batas para konvoi yang diketuai oleh bekas Juara 110 Excerp Terbuka Malaysian Cup Prix, 150 cc dan 600 cc f.i.m Asean Road Racing Championship dan 125 cc Wild Card World Grand Prix, Yaser Said (gambar kanan) terus bergerak pula ke Surau Taman Puteri Gunung di Kampung Kepala Gajah, Simpang Empat Seberang Perai Selatan.
"Semua program yang di atur berjalan lancar di mana para pemuda nampak gembira, " tegasnya.
Selepas itu, konvoi bertolak pula ke Kampung Perlis, Balik Pulau serta menamatkan XPDC di tapak Ekspo Sejahtera Harmoni yang diadakan selama 20 hari anjuran Syarikat Tunas Indah Niaga Enterprise.
Menurut Zulkipli, Blank dan Yaser Said dijadikan idola sepanjang aktiviti itu berlangsung kerana penglibatan mereka dapat menarik minat golongan belia untuk bertemu sekaligus mengembirakan penduduk setempat.
Melalui program seumpama itu, para belia akan dipupuk merasai kasih sayang terhadap insan yang tidak bernasib baik seperti kehilangan keluarga dan kurang mampu menghadapi suasana yang serba meningkat sekarang ini.
"Pemuda yang menyertainya ada yang menitiskan air mata melihat kedaifan sesetengah keluarga yang datang menerima sumbangan yang diberikan. Kita akan adakan lagi program secara berkala membantu mereka yang selama ini tidak mampu meneruskan kehidupan akibat peningkatan taraf hidup masa kini, " ujarnya yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.
-Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan