Akhir bulan lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Isnin depan sebagai tarikh penghulungan selepas pasukan pendakwaan menutup kes mereka.
Timbalan Pendaftar Pengurus Mahkamah Tinggi Halilah Suboh dalam surat kepada peguam Anwar berkata, permohonan penangguhan telah dibenarkan oleh Mohamad Zabidin.
"Tarikh 18 April adalah dilapangkan. Tarikh hujahan baru ditetapkan pada 25 April," kata Halilah dalam suratnya yang diedarkan kepada media hari ini.
Pasukan peguam Anwar membuat permohonan itu 5 April lalu.
Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari, bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
-The Malaysian insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan