Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri .!!


Siapa Perdana Menteri Malaysia sekarang??

Najib Razak.

Siapa yang Pakatan Rakyat akan lantik jadi Perdana Menetri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya??

Semuanya sebut nama Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan terutama selepas PRU12 pada 2008. Malah sekarang.... sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin mantap. Setelah berjaya menguasai 5 -1 negeri di Semenanjung, kerajaan-kerajaan yang diterajui PR telah berjaya membina imej dan reputasi sebagai kerajaan yang rakyat-friendly.

Kebajikan rakyat diberi keutamaan dan negeri-negerinya ditadbir berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawaban, kecekapan dan keadilan. Oleh demikian, pentadbiran negeri-negeri PR berjaya mendapat pengiktirafan dan kepercayaan banyak pihak. Pelabur tidak segan-segan datang untuk melabur. Lantas, indeks pelaburan serta pendapatan negeri meningkat berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Inilah yang tealh membuka mata penduduk di Sarawak, yang telah hidup teranaiya di bawah pemerintahan BN Sarawak buat sekian lamanya. Mereka mula sedar akan perlunya perubahan. Inilah telah mereka buktikan, dalam PRN yang baru saja berlalu.

Lihat saja keputusan PRN Sarawak baru-baru ini, walau pun PR gagal membentuk kerajaan negeri, tetapi mereka menang dalam meraih undi popular. Undi rakyat kepada Pakatan Rakyat di Sarawak semakin meningkat. Satu petanda akan kehancuran BN.

Kesimpulan yang boleh kita buat... Pakatan Rakyat bisa mengancam status quo kuasa BN , sekiranya trend sokongan rakyat ini berterusan. Tidak dapat dinafikan bahawa aura dan karisma Anwar adalah antara faktor yang menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Lantas.... itu menjadikan dia musuh nombor satu kepada BN yang diterajui oleh Piem Najib Razak. Najib tidak setanding dengan Anwar. Najib is nothing compared to Anwar. Ha... ha... ha... Ini menjadikan Anwar satu ancaman besar kepada kedudukan Najib Razak sebagai PM.

Najib Razak menjadi PM Malaysia dengan seribu satu macam masalah dan bebanan. Dia naik dengan imej yang calar-balar akibat keterlibatannya dalam pelbagai skandal yang sensasi , yang sukar untuk rakyat lupai dan maafi. Dia terlalu rakus mengayakan diri, keluarga dan kroni-kroninya. Isterinya Rosmah Mansor juga dilihat sebagai satu liabiliti kepadanya, kerana imej 'big spender'nya serta dominasinya ke atas Najib.

Ini menjadikan kedudukan dia sebagai PM begitu goyah sekali, terutama apabila berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada barisan para pemimpin yang berkarisma, berintegriti, bereputasi tinggi, bersih dan amanah dalam memikul tanggungjawab.

Oleh sebab, Anwar menerajui Pakatan Rakyat, maka... Anwarlah paling ditakutinya kerana dikatakan bakal ditabalkan menjadi PM, seandainya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya. Nama Anwar saja sudah bisa menggoyangkan lututnya serta membuatnya menggigil dan tidak lena tidur.

Jadi, by hook or by crook, Anwar mesti dihapuskan!! Dan... untuk membantu dia mencapai matlamatnya itu, dia menperoleh bantuan daripada para pembodeknya yang menginginkan kedudukan dan jawatan yang selesa dalam pentadbirannya. Pentadbiran najib menjanjikan habuan duniawi kepada mereka. Ha... ha... I help you, You help me. We help each other!!

That's why.... Anwar mesti disekat daripada menjadi PM Malaysia. Jika Anwar jadi PM... mereka akan 'mampooss'. Oleh itu... rancangan mesti diatur untuk me'mati'kan Anwar agar hilang dari persada politik negara.

Prinsip perjuangan Anwar yang kental, sukar untuk mereka usik. Jadi... mereka serang Anwar secara bertubi-tubi dengan menggunakan fitnah seks, semata-mata untuk mencedera-parahkan imej Anwar. Imej Anwar mesti dihodohkan, sehodoh-hodohnya.... agar Anwar akan dilihat tidak layak untuk menjadi PM dan memimpin negara ini.

[Sepenuhnya di sini]

Dan... semua rancangan jahat mereka ini, selari dengan apa yang dikatakan oleh Rahim si Thamby Kecik seperti di atas. Sebab itu kita katakan, segala fitnah yang menimpa Anwar Ibrahim ialah konspirasi politik terhadapnya semata-mata. Awnar mesti disekat daripada menjadi Perdana Menteri!!

Tapi.... bagi Anwar, alah bisa tegal biasa. Semua itu... no hal baginya. Sebab.... Lawan Tetap Lawan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan