Dia dah mula balik... Kali nie dia nak tau pulak mana pi duit 2 kupang yang kerajaan Negeri kutip hasil dari kempen pengurangan penggunaan beg plastik...
Bukan apa, Dia cuma takut kerajaan negeri kutip duit 2 kupang masuk poket beli kereta atau buat rumah besaq-besaq.. macam rumah ketua bahagian parti apa ntah yang dok tengah ubah suai dekat depan Politeknik Taman Pauh tue ...-DP
Bukan apa, Dia cuma takut kerajaan negeri kutip duit 2 kupang masuk poket beli kereta atau buat rumah besaq-besaq.. macam rumah ketua bahagian parti apa ntah yang dok tengah ubah suai dekat depan Politeknik Taman Pauh tue ...-DP
Nak tahu ke mana pergi duit
GEORGETOWN - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis semalam mendesak Kerajaan Negeri mengemukakan penyata kewangan mengenai kutipan 20 sen daripada orang ramai sejak kempen pengurangan penggunaan beg plastik dilancarkan awal tahun lalu.
Mereka juga mahu Kerajaan Negeri mengemukakan bukti mengenai penyaluran wang itu ke Tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bagi membantu golongan miskin tegar di negeri ini.
Ia membabitkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Anak Jati Melayu Negeri Pulau Pinang (Pajim) dan Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia.
Ketua Wira Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd Rizuan Mohd Azudin berkata, orang ramai tertanya-tanya mengenai kutipan itu dan pasti tidak akan ralat jika wang untuk membeli beg plastik disalurkan kepada tabung anak-anak yatim, cacat atau pertubuhan kebajikan lain.
Namun sehingga kini Kerajaan Negeri gagal mengemukakan sebarang penyata mahupun bukti yang menunjukkan wang itu disalurkan kepada dana sepatutnya dan NGO terbabit bimbang wang berkenaan disalah guna untuk kepentingan pihak tertentu.
“Cuba bayangkan berapa banyak wang yang sudah dikutip oleh mereka hasil daripada penjualan beg plastik. Pernahkah mereka dedahkan kepada umum jumlah kutipan dan ke mana wang itu dibelanjakan,” katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Pattani di sini, semalam.
Rizuan berkata, mereka hanya mahu kepastian sama ada wang itu benar-benar disalurkan kepada Tabung RAK kerana ia melibatkan jumlah kutipan yang banyak iaitu dari semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka termasuk kios stesen minyak.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, kempen yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan beg plastik tidak akan berjaya sekiranya pasar raya masih membenarkan beg plastik dijual dengan harga 20 sen
Beliau berkata, sekiranya Kerajaan Negeri mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih tanpa beg plastik, mereka tidak perlu menjual langsung beg plastik walaupun dengan harga 20 sen kepada pengguna sebaliknya membekalkan beg kertas sebagai alternatif kepada pengguna.
“Kempen yang mereka lakukan sekarang tidak akan beri sebarang impak untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau kerana masih ada beg plastik yang dijual malah lebih mahal berbanding harga pasaran,” katanya.
-SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan