Pengikut

Sabtu, 16 April 2011

Saya tidak belot...!!!

Sapa kata RPK belot? RPK mana belot, dia (RPK) cuma kritik DSAI sikit saja... Macam Zul Kulim dan se'Angkatan dengannya.. RPK apa pun tindakan anda jangan sampai Rakyat mula membenci anda, kerana Rakyat kini bukan mudah untuk di perbodohkan...-DP

SHAH ALAM – Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin menafikan beliau mengkhianati barisan pembangkang rentetan pendedahannya dalam satu slot wawancara disiarkan di stesen TV3, Rabu lalu.

Menurutnya, beliau kesal dilabel sebagai seorang yang tidak berpendirian oleh PKR disebabkan membuat kritikan terhadap pemimpin kanan parti itu.

“Inilah mentaliti pembangkang yang tipikal. Siapa pun, sekiranya membuat kritikan kecil terhadap pemimpin mereka dianggap sebagai pengkhianat, tidak berpendirian, belot, rasuah dan macam-macam lagi.

“Cuba fikirkan, adakah TV3 akan siarkan wawancara bersama saya sekiranya saya membantai Perdana Menteri atau mengecam kerajaan? Mereka beri masa saya bersiaran kerana saya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam sebuah portal berita, semalam.

Selain itu, beliau memberitahu blog miliknya memiliki pembaca yang terhad sedangkan stesen televisyen menjangkau 97 peratus penonton seluruh negara.

Bagaimanapun, Raja Petra menegaskan, tidak menyokong sepenuhnya apa yang diperjuangkan ketua pembangkang itu kerana memiliki perbezaan dari segi kehendak peribadi dan matlamat perjuangan.

“Bulan lalu, saya bersama anak sulung Anwar, Nurul Izzah ada menemui Jawatankuasa Hal Ehwal Australia bagi memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung tindakan kerajaan terhadap Anwar serta bertanya sebarang bantuan daripada kerajaan negara itu.

“Saya minta bantuan kerajaan luar untuk bantu Anwar dan dalam masa sama saya kritik Anwar kerana beliau dan matlamat perjuangannya berbeza. Saya mungkin sokong satu dan mungkin tolak yang lain,” katanya.

Ditanya sama ada akan kembali ke tanah air dalam tempoh terdekat, beliau memberitahu tidak akan pulang selagi pemerintah negara ini tidak ditukar.

“Mengapa anda bertanya sama ada saya akan balik Malaysia? Adakah disebabkan temu bual saya dengan TV3?

“Sekarang saya di Bali dan tidak akan balik Malaysia selagi Barisan Nasional (BN) masih memerintah. Jasad saya sepatutnya dikebumikan di sebelah kubur ibu saya di Brookwood, sekiranya saya meninggal dunia.

Ketika ditanya mengenai kesahihan penglibatan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap kejadian bunuh melibatkan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, beliau berkata, sehingga kini masih memegang Akuan Sumpah nya pada 2008.

“Adakah anda ada membaca Akuan Sumpah yang merupakan fokus utama dalam temu bual, Rabu lalu? Jadi, adakah saya mendakwa mereka terlibat dalam pembunuhan atau adakah saya mengatakan dakwaan Kolonel Azmi Zainal Abidin menyebabkan ia perlu disiasat?

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan