Pengikut

Ahad, 20 Mac 2011

WiFi percuma untuk semua termasuk Umno/BN dapat

Pemimpin BN Harus Memberhentikan Penyalahgunaan Media Massa Bernama dan News Straits Time untuk Terus Menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Dengan Fitnah Bahawa PR Tidak Adil Dalam Pelaksanaan Wifi Percuma di Seluruh Pulau Pinang Kerana Ketepikan Kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN).

Pemimpin BN harus memberhentikan penyalahgunaan media massa Bernama dan News Straits Time untuk terus menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan fitnah bahawa PR tidak adil dalam pelaksanaan Wifi percuma di seluruh Pulau Pinang kerana ketepikan kawasan parlimen Barisan Nasional (BN). Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang tidak merasa terkejut dengan serangan berterusan akhbar seperti New Straits Times yang tidak pernah bercakap benar kerana mendakwa Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang melakukan sesuatu pekara yang tidak pernah dilakukan sebaliknya cuba membetulkannya.

Tetapi, bagi agensi media massa kebangsaan seperti Bernama yang tidak melaporkan penjelasan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang bahawa inisiatif wifi secara percuma adalah untuk semua termasuklah kawasan Parlimen BN menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum sudah semakin hampir dan Bernama seharusnya dikenali sebagai BNnama.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang adalah adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama, gender dan juga fahaman politiknya. Kerajaan PR Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang termasuk penyokong BN. Oleh itu semasa Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang melancarkan inisiatif wifi secara percuma pada tahun 2009, kami mahukan liputan merangkumi keseluruhan Pulau Pinang termasuklah kawasan Parlimen BN iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Inisiatif wifi secara percuma ini adalah usaha Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang untuk mempertingkatkan penggunaan jalur lebar dan ”Kepintaran Digital” untuk kawasan bandar dan juga luar bandar sebagai langkah memajukan Pulau Pinang ke arah sebuah negeri ekonomi berpengetahuan.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah berjaya mendapatkan khidmat syarikat swasta Redtone, untuk membekalkan khidmat wifi secara percuma tanpa bayaran walau sesen pun. Redtone telah berjanji untuk membekalkan 750 kawasan hotspot wifi secara percuma dengan hanya bergantung kepada pulangan pengiklanan bagi mendapatkan balik nilai pelaburan dan pengeluaran modal mereka. Kerajaan Negeri hanya membantu memudahkan Redtone dengan mengecualikan beberapa peraturan dalam pemasangan alat wifi ini.

750 kawasan hotspot wifi secara percuma ini telahpun dipasang sepenuhnya pada tahun ini di Pulau dan juga di Seberang Perai. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri amat menitik beratkan beberapa kawasan yang tidak diliputi dengan inisiatif wifi secara percuma ini seperti kawasan Parlimen Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Bukit Gelugor dan Nibong Tebal adalah kawasan Parlimen PR kedua-duanya.

Redtone menjelaskan bahawa keperluan komersial telah memaksa mereka memasang 750 kawasan hotspot wifi percuma hanya di kawasan yang boleh membawa keuntungan komersial (viability). Oleh kerana ini adalah tawaran pemasangan secara percuma oleh sebuah syarikat swasta, Kerajaan Negeri tidak dapat memaksa Redtone untuk meliputi seluruh kawasan di Pulau Pinang.

Untuk memperbaiki ketidakseimbangan ini dan memastikan liputan wifi merangkumi semua kawasan, Kerajaan Negeri telah berbincang dengan Redtone untuk mengadakan satu usaha sama denganya termasuk kawasan-kawansan yang tidak diberikan liputan wifi percuma sebelum ini. bagi pemasangan 750 kawasan hotspot lagi yang mana akan merangkumi semua kawasan di Pulau Pinang, termasuk kawasan-kawasan yang tertinggal yang disebut sebelum ini. Dalam kata lain, tambahan 750 kawasan hotspot wifi menjadikannya berjumlah 1,500 kawasan hotpsot wifi secara PERCUMA akan disediakan di Pulau Pinang apabila ianya siap sepenuhnya.

Niat baik Kerajaan Negeri untuk memastikan kesemua kawasan mendapat wifi secara percuma telah ditukar dan diputar belitkan dengan mengatakan bahawa Kerajaan PR telah mendiskriminasikan penyokong BN. Bagaimanakah Kerajaan PR dikatakan mendiskriminasikan penyokong BN sedangkan kawasan Parlimen Karpal Singh juga tidak diliputi oleh pemasangan wifi secara percuma pada peringkat pemasangan yang pertama? Adalah menjadi perkara lazim kepada media massa BN dan pemimpinnya yang mengamalkan ”double standard” dan suka membuat propaganda apabila Kerajaan PR dituduhkan mendiskriminasikan penyokong atau kawasan BN sedangkan niat Kerajaan PR adalah baik dan untuk memastikan semua kawasan mendapat wifi secara percuma.

LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan