Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

Unit khas ditubuh teliti laporan video seks

Polis DiRaja Malaysia menubuhkan unit khas untuk menyiasat video lucah yang membabitkan tokoh politik. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Polis Negara lewat petang ini.

Wah nampaknya cekap polis kali ini. Adakah penyegeraraan ini mengasihkan apa yang saya bayangkan bahawa pendedahan video berkenaan ada agenda tertentu? Kita tunggu lagi.



PUTRAJAYA, 22 Mac: Satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung satu video seks, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tuduhan Anwar bahawa ia didalangi kerajaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh,” katanya.

Hishammuddin berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam. -Malaysiakini (baca disini)


KUALA LUMPUR, 22 Mac : Dalam pada itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks misteri, yang didedahkan semalam, sedang disiasat berhubung kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan lucah di bawah Seksyen 2929 Kanun Keseksaan.

Beliau yang ditemui pemberita di Bukit Aman di sini hari ini enggan mengulas lanjut. -Malaysiakini (baca disini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan