Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.
"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.
"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.
Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.
"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas).
Kes rogol, rasuah...
"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu).
“Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” kata Anwar.
Menurutnya, pembabitan Rahim yang diangkat menjadi pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Datuk Seri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan perdana menteri sendiri.
"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.
Dr Mahathir mudah lupa
“Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Seri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.
"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai ketua menteri. Itu kuasa presiden Umno dan perdana menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" katanya.
Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.
“Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” kata Anwar.
"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.
Dari Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan