Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Umno Ingat Orang Melayu Otak Seks Saja Kot!

Sekarang pemimpin-pemimpin Umno cuba mengelak dan mula kata , bukan kami , jangan tuduh kami disebalik penyebaran video lucah yang ditayangkan di bangunan kerajaaan Carcosa Sri Negara.Bagi Umno dan pertubuhan Perkasa yang setengah orang kata 'Perkosa' penyebaran video lucah dan menyimpan video lucah tak penting dan bukan satu kesalahan yang penting orang dalam video tu! Ha ha..

Brahim Ali hargai apa yang dibuat oleh Bendahari Perkasa kerana berjaya sebarkan video lucah bersama Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga pernah didakwa dalam kes merogol beserta seorang lagi yang bernama Shazryl Eskay Abdullah.Rahim Thamby Chik juga adalah Pengerusi RISDA Jabatan Kerajaan .Mereka bertiga bergelar Datuk yang buat kerja tu.Ini kerja buat Datuk-Datuk zaman sekarang ..depa dah tak dak kerja.

Jika 3T ini dianggap sebagai penyerang Umno untuk lawan Anwar siapa pulak pengurus dan jurulatih kepada 3T ini?Beranikah 3T ini buat sidang video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara yang bilnya dibayar oleh Risda jabatan kerajaan tanpa pengetahuan pemimpin tertinggi Umno?Cuba bayangkan buat sidang video lucah bil hotel dibayar agensi kerajaan!

Pemimpin Umno yang sekarang ini pakat lawan tepis dan berkuntau lidah nafi terlibat tidak tahu pelancaran video lucah di Carcosa Sri Negara berhempas pulas menyelamatkan diri masing-masing.Lagi banyak depa nafi terlibat semakin nampak tembelang depa pecah!

Kita orang Melayu terus dilalikan dengan isu seks setiap kali ada pilihanraya.Murah sangatkah maruah kita orang Melayu.Tak malu ka kepada dunia luar yang sedang perhatikan gelagat pemimpin Melayu jadikan isu seks sebagai senjata jatuhkan lawan politik mereka?

Umno ingat kita orang Melayu otak seks saja lain tak dak sebab tu dia layan kita macam orang tak sekolah.Umno ingat bila sebut seks orang Melayu percaya bulat-bulat apa yang mereka sumbat dalam fikiran kita?Jika Melayu dihina dunia luar jangan salahkan orang lain salahkan Umno.Hang pa tak malu ka ngaku diri hang pa sebagai ahli Umno.Macam saya kata la tipu sekupang dua boleh lagi tipu boleh maaf , kalau nak tipu kita sampai RM10 ingat kita tak tau ka? Orang gila pun tau kira duit! Ha Ha.

Carcosa Seri Negara Hotel 'Pawagam Penayangan Video Lucah' yang dihalalkan oleh Tiga Bersaudara yang bergelar Datuk T.


- MISAIMERAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan