Kerajaan Umno BN didakwa semakin hilang pertimbangan apabila lebih mementingkan politik fitnah berbanding fokus menyelesaikan permasalahan rakyat.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, perkara itu dapat dilihat dengan perkembangan terkini politik tanah air, apabila isu video seks pula ditimbulkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat.
"Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya.
Perkara itu katanya bukan sahaja memalukan, tetapi juga cuba menolak nilai Islam yang mengharamkan fitnah terhadap seseorang.
Tambahnya, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukan sibuk merancang bagaimana untuk memburukkan musuh politik mereka.
“Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya
"Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya yang juga Adun Titi Serong.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin BN dan berubah dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera.
“Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datan," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan