Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Jangan menzalimi orang lain...

Pada tahun 1994 Lim Guan Eng ditahan polis ekoran kritikannya terhadap cara kerajaan mengendalikan kes membabitkan Ketua Menteri Melaka ketika itu yang dikatakan telah mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur (hubungan seks dengan gadis bawah umur = rogol).

Guan Eng kemudiannya didakwa di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 8(a)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, semuanya berkaitan dengan dakwaan kes rogol di atas dan akhirnya merengkok dipenjara apabila dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara.

Ketua Menteri Melaka ketika itu adalah Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik, beliau entah macam mana terlepas dari pertuduhan itu.

Hari ini Rahim terbit di media arus perdana bagaikan sehelai kain bersih. Beliau tidak mahu seorang yang punya cita-cita mahu menjadi PM dari menjadi PM kerana dakwanya orang Islam tidak akan menerima seorang yang tiada maruah dan kredibiliti. Rahim mengaku terlibat dalam video panas yang menjadi kontroversi satu dua hari ini.

Angkara Rahim, Guan Eng yang mahu membela seorang insan yang teraniaya merengkok di penjara. Ajaibnya Guan Eng bangkit kembali untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat pada tahun 2008.

Mungkinkah angkara Rahim juga orang yang mahu dijatuhkannya itu nanti juga merengkok dipenjara. Ajaibnya mungkinkah beliau yang turut dianiaya itu juga nanti sebagaimana Guan Eng bangkit tetapi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Wallahualam.


Dari Roslan SMS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan