MP Bagan Serai, Gobalakrishnan telah mengemukakan tuntutan mohon maaf terhadap MP Machang, YB Saifuddin Nasution di dalam tempoh 7 hari berkaitan dakwaan Saifuddin kemungkinan Gobala mendapat habuan setelah keluar dari PKR. Sekiranya Saifuddin gagal untuk memohon maaf, beliau akan berhadapan dengan saman berjumlah RM 12 juta.
Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah. Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, " “Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.
Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Bagan Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Bagan Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat.
Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah.
Oleh: WFAUZDIN NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan